Penglibatan dalam Masyarakat Mohd Khairuddin Aman Razali

Mula berceramah di radio dan tv sejak pulang ke Malaysia pada tahun 1999. Pernah mengendalikan rancangan belajar bahasa Arab bermula tahun 2000 di Radio Nasional jam 6.15 ptg selama 3 tahun. Berceramah di pelbagai slot di Radio Nasional dan Radio IKIM. Juga di TV 1, Tv 3 dan lain-lain. Begitu juga aktif berceramah, berdiskusi, berseminar di seluruh negara di masjid, surau dan jabatan kerajaan dan kementerian. Pada tahun 2004 mengasaskan pusat pendidikan dan kebajikan Darul Fuqaha di Sg. Merab Bangi, Selangor dan Sek ren Islam Pintar Tahfiz pada tahun 2007. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

Penglibatan dalam pertubuhan pendidikan

  1. Pengasas dan Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (2004 – sekarang)
  2. Pengasas dan Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (2008 – sekarang)
  3. Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar, Kuala Terengganu (2008 – sekarang)

Penglibatan dalam pertubuhan dakwah

  1. Ahli Kluster Politik, Majlis Perundingan Islam (2016-2018)
  2. Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuwan Muslim (2007 – 2013)
  3. Pengasas dan Pengerusi Persatuan Prihatin Ummah Malaysia (2013 – 2018)
  4. Pengasas Sekretariat Penerbit dan Pengedar Buku Islam Malaysia ( 2008-2013)
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Ulamak Malaysia (2007 – 2011)